Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka adalah atas 3 bahagian:
Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya, dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya manusia pada nikmat itu, maka manusia yang semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai. Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t: "Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)
Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah). Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah, di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman. Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini adalah lebih baik daripada dunia yang mereka himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka lupa kepada Allah.
Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta tidaklah menyibukkan kepadanya nikmat-nikmat itu, baik lahiriah keenakannya nikmat dan juga bathin dari nikmat itu sendiri, bahkan yang bersangkutan disibukkan oleh pandangan bathin kepada Allah (seperti Maha Pemurah dan Maha Penyayang), jauh dari segala sesuatu selain Allah. Dan disibukkan pula oleh kebulatan hatinya terhadap Allah. Atas manusia ini firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Allah! Kemudian biarkanalah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam khawasul khusus, ingatlah Allah atas segala sesuatu, bahawasanya semua itu akan hancur dan tidak ada yang kekal selain Dia. Tinggalkanlah semua manusia itu bermain-main dan berlarut-larut di dalam khayalan lintasan hati mereka. Inilah yang menyebabkan hilang semuanya ini dalam hati mereka apabila hati mereka senang dalam keadaan asyik melihat Allah dan bermunajat dengan Allah.
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala hal-hal selalu dalam keadaan diliputi oleh kebesaran Allah dan sifat-sifat keagunganNya.
"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi lahiriah dan batiniah mereka.
Contoh orang yang mendapat nikmat:
1) Aku sangat senang mendapatkan kuda ini. Aku dapat naik kuda ke mana saja untuk kepentingan-kepentingan. Dengan kuda serta pedang ini pula aku dapat memerangi musuh. Orang ini senang dengan kudanya dan juga dengan pedangnya, kerana maksud-maksudnya dapat tercapai dengannya. Tetapi tidak ada di dalam hatinya rasa cinta kepada yang memberikan kuda itu.
"Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)
2) Dengan kuda ini dan pedang ini, dapat aku manfaatkan untuk berkhidmat kepada raja. Aku dapat ziarah dan aku dapat berjuang untuk menghadapi musuh. Dia bergembira dengan kuda dan pedang itu, kerana dengannya, dia dapat membantu keperluan, hajat dan cita-cita kepada raja. Dan tidak tergambar sedikit pun di dalam hatinya kepentingan-kepentingan peribadinya.
Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
3) Raja cinta kepadaku dan menghormati daku, sehingga dia memberi padaku hadiah-hadiah ini. Ini semua adalah perhatian dari raja terhadapku supaya hatiku sentiasa mengingatkan dan tidak lupa kepadanya. Inilah kegembiaraan dan kesenanganku yang luar biasa. Tidak ada kegembiraan dan kesenangan bagiku yang dapat menyamai kegembiaraan dan kesenangan ini.
"Katakanalah: Allah! Kemudian biarkanalah mereka berlarut-larut dalam kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Sumber:
Dari Kitab Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf
Al-Hikam, Imam Ibnu Athaillah
Syarah Oleh Dr. K. H. Muhibbuddin Waly