To participate in Forum, please login. If you have not register, Click Here to register.

  Forum MHDS  
 
ForumForumDiscussionsDiscussionsKemuskilan Agam...Kemuskilan Agam...Menjamak SolatMenjamak Solat
Previous Previous
 
Next Next
New Post
 2/11/2010 11:10 AM
 

Assalamualaikum Ustadz,

1) Boleh kah saya mengerjakan solat jamak apabile di Batam?

2) Berapa km jaraknye yang di bolehkan hukum syari'at untuk berjamak?

Sekian Terma Kaseh

SM

 

New Post
 2/11/2010 12:48 PM
 

Wa'alaikum salam War Wab,

Saudara Shah Mohamed Yang dirahmati Allah

Soalan 1 jawapannya : boleh sebab saudara sudah keluar dari batas negara.

Soalan 2 jawapannya : jaraknya lebih kurang 90 km.

Untuk pengetahuan saudara berkenaan dengan solat jamak sila rujuk kepada kitab-kitab fiqih yang muktabar seperti Panduan Ilmu Fiqh Syeikh Omar Al-Khatib, Kitab Siyarus Salikin dan banyak lagi.

Sekian. Terima Kasih.

Ust Hasan Saifouridzal

New Post
 2/11/2010 2:30 PM
 

Terima Kaseh banyak2 Ustadz Hassan..

Assalamualaikum...

New Post
 2/11/2010 2:32 PM
 

Sorry Ustadz Hassan,

Lupe nak tanya 1 lagi soalan, abeh kalau kite pat Malaysia tapi jarak nyer tak sampai 90 km ade kah maseh kite boleh jamak?

Terima Kaseh.

New Post
 2/11/2010 3:13 PM
 

Assalamualaikum War Wab,

Saurada Shah Mohamed Yg dirahmati Allah,

Jawapannya : Dibolehkan seseorang itu melakukan solat jama' dan qasar setelah ia keluar dari kawasan perkampungannya untuk pelayaran yang jauh seperti penduduk Tamp yang hendak belayar sudah boleh mengerjakan solat jama' dan qasar apabila berada di lapangan terbang changi atau station kereta tanjong pagar. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas RA yang bermaksud : Aku telah solat Zohor bersama Nabi SAW di Madinah 4 rakaat & di Zulhulaifah bersama Nabi SAW solat Asar 2 rakaat.

Berkata Imam Nawawi: Mazhab kami (Syafi'i) bahwa apabila sudah terpisah dari perumahan balad (tempat tinggalnya - kampungnya) maka ia boleh qasar (demikian juga jama') & tidak boleh ia qasar sebelum terpisah dari perumahan kampungnya walaupun ia sudah berpisah dari rumahnya.

Inilah juga yang dikatakan oleh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahamad & Jumhur Ulama. Pendapat ini dinukil dari kitab Majmu' Juz 4 halaman 349.

Kalau ada yang mengatakan mesti keluar negeri iaitu keluar dari Singapura baru boleh jama' dan qasar, jawapan kita bahawa Zul Hulaifah itu lebih kurang 10 kilometer dari Masjid Nabawi dan masih boleh kelihatan perumahan Kota Madinah dari Zul Hulaifah yang sekarang ini dikenali sebagai bir Ali (miqat haji & umrah). Ianya juga termasuk dalam negeri di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Demikianlah juga ia boleh melakukan solat jama' dan qasar di Masjid kampung yang lain. Seperti penduduk West Cost melakukan solat di Masjid Tampines dalam perjalanan ke Airport untuk belayar dalam perjalanan jauh 

Previous Previous
 
Next Next
ForumForumDiscussionsDiscussionsKemuskilan Agam...Kemuskilan Agam...Menjamak SolatMenjamak Solat