To participate in Forum, please login. If you have not register, Click Here to register.

  Forum MHDS  
 
ForumForumDiscussionsDiscussionsKemuskilan Agam...Kemuskilan Agam...TAHUN 2012, ADAKAH BERAKHIRNYA DUNIA INI?TAHUN 2012, ADAKAH BERAKHIRNYA DUNIA INI?
Previous Previous
 
Next Next
New Post
 3/2/2009 4:41 PM
 
 Modified By cilipadi  on 3/2/2009 3:43:07 AM

 

Assalammuailaikum Ustaz,

Saya mempunyai soalan untuk Ustaz. Pada hari Sabtu yg lepas ketika saya dan adik saya berbual tentang cerita wayang, dia cakap pada saya dekat Youtube ada trailer wayang tentang hari kiamat iatu '2012'. Gerun rasanya bila melihat trailer itu. Jadi pada hari ini, saya pun sudah melihat trailer itu, terlalu menggerunkan. Sinopsis di situ menyatakan pada tanggal hari 21 December 2012, mengikut 'the ancient Mayan calendar' adalah hari dunia akan berakhir. Dan akan timbul segala macam bencana yang akan berlaku di dunia ini. Persoalan saya adakah benar ia akan berlaku? Adakah para saintis ataupun mereka yang mahir dalam bidang ini sudah pun membuat kajian awal tentang perkara ini? Adakah kajian mereka berlandaskan Al Quran ataupun yang lainnya? Sekarang dunia pun seperti tidak menentu, dengan teruknya ekonomi merosot di seluruh dunia, peperangan di Palestin , kekecohan di negara lain dan sebagainya. Harap Ustaz dapat jelaskan.

Sekian terima kasih.

New Post
 3/3/2009 12:47 PM
 

Assalamualaikum War Wab
 
Saudara Yang Dirahmati Allah
 
Sebagai hamba Allah dan Umat Nabi MUhammad SAW wajib kita beriman kepada Hari Qiamat. Qiamat pasti akan terjadi dan tatkala terjadi Qiamat tidak akan ada satu makhluq pun yang akan terlepas dari Qiamat. Kisah yang saudara menontonnya hanyalah rekaan manusia semata-mata. Manusia memang diberi kepandaian oleh Allah SWT tetapi kepandaian dan kehebatan manusia tidak akan mampu untuk menandingi kehebatan Allah SWT. Berkenaan dengan bila akan terjadi Qiamat boleh anda membuka kitab Hadith 40 pada hadith yang kedua ada dinyatakan tentang khabar Qiamat dan juga semaklah Al-Quran pada Surah Al-'Araf ayat 187, semaklah juga surah Al-Qariah perihal tentang Qiamat dan juga bacalah surah Qiamah pada Juz 29. Insya Allah setelah Saudara membacanya dan menyemaknya pasti akan terjawab soalan-soalan Saudara.
 
Inilah yang boleh saya kongsi bersama dengan Saudara mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita semua dan mohon maaf. Amin Ya Rabbal Alamin. Wassalam.
 
Ust Hasan Saifouridzal    
 

New Post
 3/3/2009 3:21 PM
 

Assalamualaikum wr wb,

Teringat saya pada Hadith riwayat Aisyah r.a. Katanya: Orang Arab Badwi telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya tentang Hari Kiamat iaitu bilakah berlakunya Hari Kiamat. Maka Rasulullah s.a.w melihat kepada yang paling muda di antara orang arab kampung itu lalu bersabda: "Sekiranya dia ini hidup dan belum sempat tua (mati sebelum tua), maka ketika itu berlakulah Kiamat untuk dia." (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila sesorang mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).

Terimakasih kerana mengingatkan saya tentang mati, kerana saya sangat khuatir bekalan saya belum mencukupi. Tetapi mati tetap akan datang.

Wallahualam. Wassalam.

New Post
 3/5/2009 1:08 PM
 

 

Waalaikumsalam War Wab, Terima kasih Ustaz atas penjelasan yang diberi. Anak2 muda seperti saya dan juga di luar sana masih memerlukan bimbingan dan penghayatan yang betul dalam bidang ilmu agama ini. Saya rasa bekalan saya untuk akhirat belum mencukupi. Saya takut akan azab Allah. Saya tidak mahu selepas mereka menonton cerita wayang itu nanti, akan timbul rasa tidak tenteram. Dan mereka akan cepat2 melakukan ibadah dengan cara yang tidak betul pada mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan.
New Post
 1/2/2010 6:24 AM
 

Assalamualaikum War Wab,

Ustaz, saya boleh melihat ramai di antara umat Islam terpesong aqidah kerana cetek ilmu tentang agama Islam. Soalan saya ustaz, sebagai seorang Islam, bagaimana untuk kita menggerak mereka yang terkeluar dari landasan Islam supaya mereka tidak terus menerus di dalam keadaan yang tidak betul dan besar kemungkinan orang Islam itu sendiri yang mengheret sesama umat Islam yang lain ke jalan yang tidak betul?  Mmg tidak dinafikan zaman sekarang kita umat Islam agak ketinggalan serba serbi dalam segala hal terutamanya ILMU.

diharap Ustaz dapat memberi sedikit penjelasan kepada semua dan saya memohon maaf jika ada yang tersinggung.

Wassalam

../1D

Previous Previous
 
Next Next
ForumForumDiscussionsDiscussionsKemuskilan Agam...Kemuskilan Agam...TAHUN 2012, ADAKAH BERAKHIRNYA DUNIA INI?TAHUN 2012, ADAKAH BERAKHIRNYA DUNIA INI?