Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya di malam hari ada waktu, yang mana jika orang muslim meminta kepada ALLAH pada waktu ini maka Allah akan mengkabulkannya." (HR. Muslim)
Parents & Teens Sexuality Programme
MHDs will be organizing a seminar for Parents & Teens.
Date: Sunday, 2 August 2009 Time: 9am - 1pm Venue: Masjid Darul Aman
This programme is supported by Health Promotion Board (HPB)
Seats are Limited. First come first served.
Download your Registration Form here.
Alhamdulillah,
Kem bersiri 'Aku & Dia' Permulaan Langkah Baru yang pertama sudah pun berlalu. Semuanya berjalan dengan lancar dengan berkat doa' semua. Jutaan terima kasih kepada MHDS kerana mengizinkan kami mengadakan majlis ini. Maklumbalas yang kami terima sangat memberangsangkan hingga ada yang ingin camp seperti ini diadakan lagi. InsyaAllah mereka akan memperoleh manfaat yang akan menjadikan mereka pemuda pemudi Islam yang berbakti pada agama, bangsa dan masyarakat.
Terima kasih juga kepada Ikhwan-Ikhwan yang menyokong kami dengan menghantar anak-anak mereka menyertai camp ini. Syabas kepada MHDS Youth.
Klik di SINI untuk membaca blog kami. :)
Salam.
Alhamdulillah, the response for "Aku & Dia" camp was overwhelming! However, we are sorry to announce that Registration is closed! Thanx to all who had registered with us. For those who missed the registration period, don't be disheartened! "Aku & Dia" will be coming back for subsequent episodes in times to come insyaAllah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Majlis Maulid dan Ceramah Khas oleh Sheikh Al Habib Umar Bin Hafidz telah dihadiri oleh ribuan hadirin memenuhi setiap perkarangan Masjid Alkaff di Peng Gek Avenue.
Alunan Maulid yang dipimpin oleh Al Fadhil Al Ustaz Hasan Saifouridzal bersama Ikhwan-ikhwan MHDS telah dapat menambat hati para hadirin. Ada yang terharu dan menangis ketika Qiyam.
Tazkirah yang disampaikan oleh Sheikh Al Habib Umar Bin Hafidz dari Hadramawt sangat berkesan dan para hadirin pulang gembira dan ingin kembali sekali lagi ke Majlis yang penuh barakah ini.
Majlis juga dihadiri oleh guru kita Sheikh Moulana Afeefuddin Al Gaylani. Sambutan yang begitu hangat sehingga ada para hadirin yang memberi maklum balas bahwa mereka ingin sekali hadiri Majlis Maulid seperti ini setiap minggu.
Alhamdulillah, Majlis Maulid & Ceramah anjuran MHDS di Bedok Stadium pada 19hb April 2009 telah berjalan dengan lancar dan sangat baik. Sambutan yang juga sangat memberangsangkan daripada para jemaah sekalian, muslimin dan muslimat. Terima Kasih dari MHDS kepada semua sukarelawan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah merahmati antum semua.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Rehla yang dianjurkan oleh MHDS pada tanggal 10-12 April 2009 telah berjalan dengan jayanya. Rehla yang diisikan dengan kerohanian serta kejasmanian dengan aktiviti seperti qiyam, zikir dan maulid di Masjid Negara. Tidak lupa aktiviti riadah seperti mendaki ke air terjun dan juga permainan ala Amazing Race yang menghibur para peserta. Kami berharap para peserta dapat memberi maklum balas untuk kami baiki rehla di masa hadapan.
Akbar Berita Harian pada 2 April 2009. Sumbangan dari tabung Palestin MHDS telah disampaikan oleh Mercy Relief. Alhamdulillah. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang telah menyumbangnya. Terimakasih.
Umar ibn Abdil-’Aziz (rahimahullah): Become a scholar, if you are able. If you are not able, then be a student. If you can not, then show love for them. If you are unable to do that, then (at least) do not hate them.
هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Ali Imran Ayat 38)